Monday, July 27, 2009

'IZZAH

Al Kisah, Hakim bin Hizam, sahabat Nabi saw. Ia seorang yang baik, cuma adalah kekurangannya, iaitu ia suka meminta. Jika diberi, selalu merasa kurang puas hati.Pada suatu hari ia mendatangi Rasulullah saw untuk meminta sesuatu. Baginda memberinya. Tidak berapa lama, ia datang lagi untuk meminta yang lain. Baginda sekali lagi memberi apa yang dimintanya dan berkata: “Wahai Hakim! Sesungguhnya harta itu memang indah dan manis, barang siapa mengambilnya dengan kelapangan hati, ia akan diberi keberkatan, sebaliknya, jika ia menerimanya dengan tamak, tiadalah keberkatan padanya. Seperti orang makan yang tidak kenyang-kenyang, dan tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah.”

Mendengar nasihat itu Hakim tunduk merenungi dirinya, ia pun sedar akan kesalahan dirinya selama ini, lalu berkata: “Ya Rasulullah! Demi Allah yang mengutusmu dengan haq, saya tidak akan menerima apapun dari seseorang sepeninggalmu hingga aku berpisah dengan dunia ini.”

Hakim bertaubat dari perangai buruknya, ia pun berubah menjadi peribadi yang berdikari, tidak lagi mahu meletakkan tangan di bawah, meminta-minta kepada orang lain.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar ash Shiddiq, duit Baitul Mal berlimpah, Khalifah memanggil Hakim untuk memberinya bantuan, tetapi Hakim enggan menerima sesuatu pun.

Pada zaman Khalifah Umar, Hakim disenarai sebagai penerima bantuan Baitul Mal, tetapi ia pun menolak menerimanya. Sehingga Umar berkata kepada kaum muslimin: “Saya bersaksi kepada kamu semua bahawa saya memperuntukkan bagi Hakim harta bahagiannya, tetapi ia menolak menerimanya.”

Hakim tetap tidak mahu menerima pemberian dari seseorang pun sehinggalah ia meninggal dunia.

Keikhlasan beramal selalunya beriringan dengan sikap menyerahkan segala sesuatu kepada Allah, bukan kepada yang lain-Nya. Shalatnya, ibadatnya, hidupnya,dan matinya adalah bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Mampu berdikari (Qadirun alal kasbi), di antara ciri keperibadian yang menjadi target tarbiyah, dan bagi peribadi pejuang Islam, ia merupakan asas penting bagi tegaknya sikap ‘Izzah”.

Dalam hidup berjamaah, sikap ingin menolong, memberi dan membantu kesusahan ikhwah, sahabat-sahabat lain mesti ditanamkan pada setiap individu yang ingin bergabung.

Dalam hidup berharakah, menghidupkan dakwah dan hidup bersama dakwah, perlu menjadi asas melangkah dan bergerak setiap individu.

Tarbiyah Rasulullah saw, begitu berkesan pada diri Hakim, ia menjadi peribadi yang memelihara izzah sehinggalah ia menjumpai Khaliqnya.

No comments:

Post a Comment